Saturday, November 15, 2008

Sekuntum bunga mawar yang kupersembahkan




Sekuntum mawar merah yang kupersembahkan padamu
bukanlah melambangkan cinta kasihku padamu
namun mawar itu
adalah diriku
yang menjelma
kerana cinta

Sekuntum mawar merah yang ku persembahkan padamu
mungkin suatu nanti akan layu
kemerahannya , kan berubah , dimamah waktu
namun cintaku
tak'kan pernah layu
walau mesti diterjang ribut, badai, dan bayu

Aku pernah berkata
bahawa aku enggan lagi terpikat dalam asmara
Aku takut dengan derita
pabila cinta tiada lagi berpucuk didada

namun kini...
Tiada lagi ku sanggup menutupi itu semua
Aku ini manusia
Yang memiliki nurani dan naluri

Biarlah aku kecewa
biarlah aku menderita
biarlah aku menagis , tujuh purnama
kalau memang itulah harga yang mesti dibayar
untuk dapat mencintaimu...

Aku sudah cukup bahagia
pabila ku dapat terus menatapmu
walau hanya bayangmu saja

kerana,
Bayang-bayang itu
merupakan sebuah alasan
Untuk aku terus berdiri
di alam nyata...